Arteta puas dengan aksi The Gunners

Arteta puas dengan aksi The Gunners

PEMAIN tengah Arsenal, Bukayo Saka (tengah) cuba melepasi pertahanan Chelsea apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam Liga Perdana Inggeris di London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Mikel Arteta menegaskan bahawa Arsenal layak mendapat penghormatan susulan kejayaan mereka berusaha keras bagi mendapatkan satu mata selepas seri 1-1 menentang Chelsea dalam aksi liga, semalam.
Arsenal yang dibelenggu kecederaan berjaya menyelamatkan satu mata di Stamford Bridge hasil tandukan Mikel Merino pada minit ke-59.
The Gunners berusaha mengekalkan rekod tanpa kalah selepas Chelsea beraksi penuh semangat malah tidak menghiraukan kad merah Moises Caicedo pada minit ke-38 dan membuka jaringan melalui tandukan Trevoh Chalobah pada minit ke-48.
Arteta sangat kagum dengan persembahan Arsenal kerana mereka memulakan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa pertahanan tengah, William Saliba dan Gabriel Magalhaes yang cedera buat kali pertama musim ini.
Martin Odegaard dan Viktor Gyokeres hanya cukup cergas untuk berada di bangku simpanan manakala Leandro Trossard juga tidak hadir akibat kecederaan.
“Ia minggu yang besar. Derbi, betapa emosinya dan keperluan untuk menang, kemudian Bayern Munich.
“Kami kehilangan pemain dalam perlawanan-perlawanan itu. Hari ini (semalam) kami terpaksa bermain dengan gandingan yang belum pernah kami gunakan dalam perlawanan yang sangat sukar.
“Pasukan perlu memberikan reaksi terhadap keadaan itu. Ia minggu yang positif kerana tahap kesukaran sangat tinggi. Tetapi saya rasa kami sepatutnya menang hari ini, dan kami tidak,” kata Arteta.
Sementara itu, Liverpool memperoleh tiga mata pertama selepas tiga perlawanan dalam semua kejohanan setelah menewaskan West Ham 2-0 di London.
Aston Villa pula melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolves manakala Nottingham Forest terpaksa akur tewas 2-0 kepada Brighton di laman sendiri. – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN