Amorim kecewa dengan penyudah tumpul United

Amorim kecewa dengan penyudah tumpul United

PEMAIN Manchester United meraikan gol pertama mereka ketika seri 1-1 menentang West Ham dalam aksi liga di tempat sendiri, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengkritik pasukannya berikutan kurangnya naluri ‘pembunuh’ selepas seri 1-1 menentang West Ham dalam aksi liga di Old Trafford, semalam.

United berada di kedudukan kelapan liga, dua mata di luar empat teratas tetapi boleh berada dalam posisi lebih baik jika mereka berjaya memanfaatkan kelebihan ketika menentang Tottenham dan Nottingham Forest dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Red Devils turut tewas 1-0 kepada Everton di laman sendiri walaupun bermain menentang 10 orang hampir sepanjang perlawanan dalam aksi sebelumnya di Old Trafford.

“Kami sepatutnya menutup permainan dengan mengawal bola kerana perlawanan itu sepatutnya boleh dimenangi.

“Permainan berada dalam kawalan. Kami tahu bahawa kami perlu bertahan jauh dari kotak penalti kerana sebarang situasi bola mati boleh menjadi masalah.

“Kami tidak berjaya melakukannya, kami tidak dapat mengekalkan penguasaan bola dan sekali lagi kami kehilangan dua mata,” katanya.

Diogo Dalot membuka jaringan untuk United pada minit ke-58 tetapi Amorim jelas kecewa selepas Soungoutou Magassa menyamakan kedudukan menerusi sepakan penjuru tujuh minit sebelum tamat.

“Saya rasa prestasi keseluruhan tidak sempurna. Kami ada detik-detik kami tetapi kami hilang kawalan permainan pada beberapa minit dalam separuh masa pertama dan juga pada separuh masa kedua, terutamanya selepas gol.

“Ia sangat mengecewakan kerana apabila anda lihat perlawanan itu, anda mengawalnya tetapi kami masih tidak menang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN