Skuad Kabadi tekad cipta kejayaan di Thailand

Skuad Kabadi tekad cipta kejayaan di Thailand

SKUAD kabadi negara bergambar bersama Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025, Nazmizan Muhammad di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman menimba ilmu di India bakal menjadi taruhan skuad kabadi negara dalam usaha mereka untuk memburu dua pingat emas dalam Sukan SEA Thailand, Disember ini.

Kapten kabadi lelaki negara, G. Viknesshwaran berkata selepas menjalani latihan intensif selama 40 hari di Puducherry dan Haryana, dia bersama rakan sepasukannya telah menunjukkan peningkatan mendadak.

“Berdasarkan persiapan yang dilakukan, kami sudah bersedia sepenuhnya daripada segi mental dan fizikal malah kecederaan yang diperoleh ketika aksi persahabatan sebelum ini juga sudah pulih.

“Sepanjang kami berada di India, banyak perkara yang kami telah pelajari di mana kami mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Haryana dan Puducherry.

“Thailand merupakan pencabar terkuat namun kami tetap kena menang pingat emas di Sukan SEA nanti,” katanya yang akan beraksi dalam acara Three Stars dan Standard Style.

Sementara itu, ketua pasukan wanita negara, M. Ananthi berkata, sasaran dua pingat emas yang diberikan adalah realistik dan mampu dicapai.

“Sasaran itu mampu dicapai malah kami sendiri mahu dapatkan emas. Kami menang pingat emas dalam Kejohanan Pra Sukan Sea baru-baru ini bagi acara Three Stars.

Sukan kabadi pertama kali dipertandingkan pada temasya tersebut menawarkan enam pingat emas menerusi acara Super Five, Three Stars dan Standard Style bagi kategori lelaki dan wanita.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN