Reds bijak urus situasi bola mati- Slot

Reds bijak urus situasi bola mati- Slot

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah merikan jaringan peribadinya ke-250 bersama The Reds pada masa kecederaan separuh masa pertama, menjadikannya pemain ketiga dalam sejarah kelab mencapai angka berprestij itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya kini mula bijak mengurus situasi bola mati bagi mengelak terus dibolosi dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam aksi menentang Aston Villa di Anfield semalam, The Reds menang 2-0, sekali gus menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut dan meraih kembali sokongan peminat.

Mohamed Salah muncul pemain ketiga dalam sejarah kelab menjaringkan 250 gol apabila meledak pada masa kecederaan babak pertama, sebelum Ryan Gravenberch menambah jaringan pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu juga menandakan kemenangan kedua Liverpool dalam lapan perlawanan terakhir di semua kejohanan.

Selain mengawal situasi bola mati, Slot turut mengakui factor tuah turut menyebelahi pasukan ketika menang ke atas Villa.

“Jurang kemenangan sangat kecil setiap perlawanan. Hari ini (semalam), selepas lima minit mereka (Morgan Rogers) terkena palang.

“Kami tidak bolos menerusi bola mati, itu sangat membantu, dan kali ini kami juga bernasib baik sedikit sesuatu yang lama tidak berlaku. Gol kedua kami pun hasil sedikit nasib apabila bola terkena defleksi.

“Apabila (Villa) terkena palang, itu peluang terbaik mereka. Beberapa minggu kebelakangan ini, situasi seperti itu berakhir dengan gol, tapi kali ini tidak,” kata Slot.

Slot menambah, kelebihan jaringan memberi peluang kepada anak buahnya untuk mengawal permainan dengan lebih baik.

“Apabila anda mendahului 1-0 atau 2-0, anda boleh menguasai permainan dengan lebih banyak mengawal bola. Tapi kalau ketinggalan, anda terpaksa mengejar dan mengambil risiko,” katanya.

Kapten pasukan, Virgil van Dijk, turut meluahkan rasa lega, namun mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak leka dan terus fokus selepas berdepan tekanan besar daripada penyokong serta pengkritik.

“Ada banyak bunyi luar yang kita tak boleh kawal, dan kami perlu hadapinya bersama. Ada kritikan yang agak melampau, tapi kami tetap bersatu. Sekarang masa untuk kembali bekerja. Jangan terlalu gembira bila menang, dan jangan terlalu kecewa bila kalah.

“Dunia sekarang semua orang ada pendapat sendiri di pelbagai platform, seolah-olah mereka lebih tahu. Kami perlu jauhi semua itu dan fokus pada kerja keras kami,” kata Van Dijk.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN