Krisis dalam Bersatu bukan perpecahan orang Melayu - Dr. Mahathir

Krisis dalam Bersatu bukan perpecahan orang Melayu – Dr. Mahathir

dr mahathir
Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemelut yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak  boleh ditafssir sebagai perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, sebalaiknya ia hanya sekadar masalah dalaman parti itu yang tidak menjejaskan perjuang kaum Melayu secara keseluruhan.

“Itu perpecahan dalam parti mereka. Tidak ada perpecahan dari segi perjuangan untuk bangsa Melayu,” katanya pada sidang media meja bulat berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (RTA) antara Amerika Syarikat dan Malaysia bersama parti-parti politik serta NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertikaian dalaman Bersatu susulan beberapa pemimpinnya didakwa hilang kepercayaan terhadap Presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Ia ekoran tindakan Bersatu memecat dan menggantung beberapa pemimpin yang mencabar dan menggesa Muhyiddin supaya berundur.

Selain itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Muhyiddin mempunyai personaliti yang sukar didekati, menyebabkan ramai pemimpin akar umbi lebih cenderung kepada Timbalan Presidennya Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun Dr. Mahathir enggan menyatakan beliau menyebelahi pihak mana, sama adan Muhyiddin atau Hamzah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN