Pengalaman di AS kunci Tasha hadapi Sukan SEA

Pengalaman di AS kunci Tasha hadapi Sukan SEA

Timbalan Chef De Mission (CDM), Jivan Mohan (empat dari kiri), bergambar bersama atlet bola tampar pantai pada Program Lawatan ke Kem Latihan Bola Tampar Pantai, di Dewan MBSA Seksyen 19, di sini, semalam. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengalaman beraksi di Divisyen 1 NCAA di Amerika Syarikat (AS) menjadi aset berharga buat kapten bola tampar pantai wanita negara, Tasha Mae menjelang Sukan SEA di Thailand Disember depan.

Atlet kelahiran Ipoh, Perak itu kini bertekad memanfaatkan ilmu dan pengalaman diperoleh di sana untuk memperkukuh pasukan menjelang temasya dwitahunan itu.

TASHA MAE

Tasha, yang juga penuntut di California State University, Northridge, mengakui telah mengasah kemahiran teknikal, kematangan dalam pembacaan permainan serta kepimpinan di pentas antarabangsa.

“Divisyen 1 NCAA bukan calang-calang. Tempo latihan, disiplin dan sistem taktikal sangat ketat dan kompetitif. Saya harap pengalaman ini dapat dikongsikan dengan pasukan negara,” katanya.

Walaupun persiapan skuad negara agak singkat dengan latihan pusat bermula Oktober lalu, Tasha menegaskan semua pemain sudah bersedia setelah berlatih secara kendiri sejak dua tahun lalu.

“Kami memang kekurangan masa, tapi semangat dan komitmen tetap tinggi. Ada tiga pemain dari Pulau Pinang sanggup berulang-alik jauh demi latihan,” katanya.

Meskipun bola tampar pantai berdepan kekangan pembiayaan dan sokongan, katanya, mereka tetap tabah dengan bantuan pengurus dan jurulatih yang sanggup menghulurkan bantuan.

“Kami buat segalanya sendiri, tapi jurulatih yang juga guru sentiasa beri tunjuk ajar dan motivasi walaupun sibuk dengan tugas lain,” ujarnya.

Tasha optimis gabungan pengalaman NCAA dan semangat juang rakan sepasukan mampu mencetus kejutan di Sukan SEA, walaupun laluan ke podium tidak mudah.

“Kami mungkin belum sempurna, tapi usaha dan dedikasi tiada kompromi. Saya yakin kami boleh beri saingan hebat dan berikan yang terbaik untuk negara,” katanya penuh harapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN