Luqman mahu buktikan sesuatu

Luqman mahu buktikan masih ada sentuhan tajam

Luqman Hakim Shamsudin semasa dalam kem latihan skuad kebangsan untuk aksi berdepan Nepal.-IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyerang Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin mahu buktikan dirinya masih mempunyai sentuhan berbisa selepas lebih setahun tidak menyarung jersi negara.

Selepas melalui tempoh sukar termasuk kecederaan hamstring dan kekurangan minit permainan, Luqman kini tampil dengan keyakinan baharu, dibantu peningkatan prestasi bersama Negeri Sembilan FC.

“Saya rindu sangat nak beraksi dan menyarung jersi negara. Lebih setahun saya tunggu peluang ini. Saya bersyukur sangat dapat kembali.” katanya ketika ditemui pemberita sebelum sesi latihan, semalam.

Menurutnya, beliau sedar kadang-kadang prestasi dirinya tidak begitu terserlah pada mata sendiri, namun keyakinan jurulatih dan rakan sepasukan menjadi pembakar semangat.

“Mungkin saya tak nampak apa yang saya ada. Tapi orang di sekeliling seperti jurulatih, staf dan penyokong mereka nampak. Itu yang buat saya rasa dihargai dan yakin,” katanya.
Luqman turut menegaskan beliau sedia diturunkan di mana-mana posisi mengikut percaturan jurulatih, biarpun lebih selesa menerajui jentera serangan.

Sementara itu, penjaga gol muda negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang kembali memperoleh minit permainan bersama Selangor FC, menyifatkan peluang bersama skuad kebangsaan sebagai batu loncatan penting dalam kariernya.

“Selangor beri saya ruang untuk dapat minit bermain. Dari situ saya semakin konsisten dan lebih fokus untuk bantu pasukan negara,” katanya.

Beliau juga optimis Harimau Malaya mampu mengekalkan momentum cemerlang menjelang aksi bertemu Nepal dalam kempen kelayakan kali ini.

“Keadaan pasukan sangat baik. Semua pemain 100 peratus bersedia. Saya yakin bertemu Nepal kali ini akan beri impak positif kepada pasukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN