Hatrik Vitinha julang PSG

Hatrik Vitinha julang PSG

VITINHA meledak hatrik ketika PSG membenam Spurs 5-3 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Hatrik Vitinha melengkapkan malam gemilang Paris Saint-Germain (PSG) ketika bangkit membenam Tottenham Hotspur 5-3 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Pemain tengah Portugal itu menyamakan kedudukan sebelum rehat di Parc des Princes dan mengulangi sentuhan sama pada awal babak kedua selepas Randal Kolo Muani meledak gol kedua Spurs.

Kolo Muani yang dipinjamkan ke Tottenham berharap dapat menghukum kelabnya dan dia berjaya menjaringkan gol sekali lagi, namun ia berlaku selepas penyandang juara bertahan itu menghukum kelekaan benteng Spurs untuk menambah dua lagi jaringan.

Fabian Ruiz menjaringkan gol ketiga PSG dan Willian Pacho meledak gol keempat, sebelum Vitinha melengkapkan kemenangan menerusi sepakan penalti ketika pasukan gergasi Perancis itu meraih kemenangan keempat daripada lima aksi Liga Juara-Juara musim ini.

PSG, yang kehilangan Lucas Hernandez susulan layangan kad merah di hujung permainan, kini hampir mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati dan berada di landasan baik menamatkan fasa liga dalam kelompok lapan teratas, sekali gus mara secara automatik ke pusingan 16 terbaik.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN