UiTM Kampus Jasin anjurkan Karnival UniXplode 2025

UiTM Kampus Jasin anjurkan Karnival UniXplode 2025

JAWATANKUASA penganjur Karnival UniXplode 2025 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Masyarakat setempat berpeluang untuk memeriahkan penganjuran Karnival UniXplode 2025 pada 14 hingga 16 November ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Kampus Jasin.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) kampus berkenaan selepas mereka berjaya menghasilkan proposal terbaik dan terpilih untuk menerima tajaan penuh Maxis Sdn. Bhd.

“Karnival ini menjanjikan hujung minggu yang dipenuhi dengan hiburan menarik, tawaran eksklusif dan aktiviti mesra bersama keluarga untuk meraikan semangat bersama dan kepelbagaian aktiviti dalam mencipta sebuah memorabilia kepada pengunjung.

“Inisiatif ini juga dapat mengeratkan hubungan antara UiTM Cawangan Melaka dengan komuniti setempat serta memberikan satu impak positif kepada semua pihak dalam merealisasikan impian pelajar dan juga penduduk.

“Karnival ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuian dengan kanak-kanak serta seluruh keluarga iaitu pengalaman bermain Soopa Doopa serta aktiviti lasak seperti ATV, Flying Fox, kayak dan Wall Climbing yang disediakan secara percuma kepada semua penghujung.

“Terdapat banyak lagi permainan yang kami sediakan dan boleh disertai oleh semua orang, serta berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disediakan oleh penganjur dengan mengisi pada pautan kehadiran telah disertakan.

“Selain daripada aktiviti lasak, Karnival UniXplode juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disertai oleh para pengunjung. Antara aktiviti yang berada di zon pertandingan ialah Soccer Kids, Dart, Carrom, Bumper Soccer dan Giant Volleyball yang bermula seawal jam 9:00 pagi,” kata penganjur dalam satu kenyataan.

Menurut penganjur, lebih menarik, pada hari Sabtu (15 November), pengunjung yang hadir juga berpeluang memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM8,000.

Katanya, karnival berkenaan juga menyediakan pgerai jualan melibatkan jualan makanan yang diuruskan oleh pelajar dan juga pempengaruh sepanjang tiga hari berturut-turut.

Pada hari terakhir karnival, acara kemuncak iaitu “Family Farm Run” yang terbuka kepada semua warga Negeri Melaka turut menampilkan barisan pelakon serta pempengaruh yang diundang khas ke Karnival UniXplode kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN