Taktikal Cklamovski jadi tumpuan

Taktikal Cklamovski jadi tumpuan

PETER CKLAMOVSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski bakal melakukan rombakan taktikal bagi memastikan skuad negara tidak ‘hilang taring’ dalam misi layak ke Piala Asia 2027.

Kehilangan tujuh pemain warisan selepas digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaksa Cklamovski memanggil muka baharu untuk membawa cabaran negara.

Antara muka baharu yang dipanggil termasuk penyerang naturalisasi Kuching City, Jordan Mintah yang dijangka melakukan debut sulung bersama skuad kebangsaan.
Mintah mendapatkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia selepas lima tahun bermain di Liga Super dengan sebelum ini dia bersama Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC.
Pertemuan menentang Laos pada 9 dan 14 Oktober akan menjadi kayu pengukur terhadap kepakaran Cklamovski dalam mencatur strategi serta membentuk keseimbangan pasukan.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Sulaiman Hussin, Cklamovski tidak perlu menekan ‘butang panik’ kerana masih memiliki barisan berkualiti untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Sekarang masanya kita mengharapkan kepakaran daripada Cklamovski untuk membentuk pasukan negara. Beliau mungkin dapat keputusan baik sebelum ini sebab pemain yang beliau dapat cukup berkualiti.

“Tapi apabila tujuh pemain warisan digantung, di sinilah kita nak lihat kebolehannya dalam memastikan prestasi pasukan tidak terjejas dengan menggunakan kelompok pemain yang ada,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN