MEXICO CITY: Bos McLaren, Andrea Stella berkeyakinan tinggi terhadap peluang pasukannya bahawa peluang mereka untuk memburu kejuaraan semakin meningkat selepas kemenangan Lando Norris di Grand Prix (GP) Mexico.
Norris meraih kemenangan Formula Satu (F1) dengan bergaya di Mexico, menamatkan perlumbaan dengan kelebihan lebih 30 saat dan itu itu bermakna Norris kini mendahului kedudukan kejuaraan buat kali pertama sejak GP Arab Saudi.
Dengan persembahan hebat McLaren itu, Stella yakin mereka kini mampu menewaskan Max Verstappen untuk merebut kejuaraan pemandu.
“Keyakinan dari segi kejuaraan telah meningkat ini kerana kami telah membuktikan bahawa kami mempunyai kereta yang mampu memenangi perlumbaan dan dalam sesetengah keadaan boleh mendominasi perlumbaan.
“Ini adalah faktor paling penting untuk meletakkan Lando dan Oscar (Piastri) dalam kedudukan untuk memburu kejuaraan pemandu. Saya tidak fikir ia soal matematik.
“Saya fikir ia soal daya saing dan adalah penting untuk mengesahkan tahap daya saing ini. Saya juga fikir walaupun Oscar kehilangan beberapa mata kepada Verstappen, Oscar memperoleh banyak pengajaran daripada hujung minggu lalu.
“Dan itu semacam satu pelaburan yang dibuat untuk memastikan anda kompetitif dalam setiap keadaan menjelang penghujung musim.
“Jadi secara keseluruhan, kami, pasukan dan pemandu, keluar daripada hujung minggu lalu dengan penuh keyakinan dan optimis untuk baki musim ini,” katanya. – AGENSI










