Selangor kena perbaiki kelemahan- Gamel

Selangor kena perbaiki kelemahan- Gamel

KAPTEN Selangor FC, Faisal Halim meraikan jaringan semasa menentang Imigresen FC (IFC) di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, kelmarin.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Jurulatih interim Selangor FC, Christophe Gamel tidak berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya biarpun berjaya menumpaskan Imigresen FC 3-1, kelmarin.

Pengendali kelahiran Perancis itu berkata, masih banyak aspek yang perlu diperbaiki oleh barisan pemain di sebalik kejayaan yang dilakar di Stadium Batu Kawan itu.

“Jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini (tiga perlawanan terakhir), ya, kali ini kami menang. Jadi, ia satu perkembangan yang positif kerana ada peningkatan di situ.

“Saya harap kami dapat perbaiki beberapa kelemahan yang masih ada dan pemain-pemain juga dapat mengekalkan momentum ini dalam perlawanan yang seterusnya,” ujar beliau.

Dalam aksi itu, Gol Selangor FC dihasilkan oleh Alvin Fortes, Chrigor Moraes dan Faisal Halim, manakal gol tuan rumah dijaringkan oleh, pemain gantian Eduardo Sosa.

Menurut Gamel, tempoh rehat antarabangsa selepas ini akan digunakan dengan sebaiknya untuk memperkemas pasukan memandangkan Selangor kehilangan beberapa pemain tonggak yang akan bersama skuad negara.

Sementara itu, pengendali IFC, Yusri Che Lah menerima kekalahan tersebut, namun, memberi jaminan bahawa Mighty Tigers akan bangkit dalam aksi berikutnya selepas ini.

“Saya terima (kekalahan kepada Selangor). Ada positif dan ada negatifnya. Apapun, masih banyak kerja rumah yang perlu kami lakukan terutama dalam mengembalikan semula keyakinan pemain di atas padang.

“Ketika ini, kami begitu mudah untuk dirobek. Jadi, banyak kelemahan yang ada. Namun, saya tak mahu salahkan siapa-siapa atau beri sebarang alasan. Kami akan cuba baiki kelemahan yang ada dalam tempoh tiga minggu ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN