Sabah kecewakan Kelantan TRW di Stadium Likas

Sabah kecewakan Kelantan TRW di Stadium Likas

AJDIN Mujagic (tengah) muncul wira Sabah FC apabila meledak hatrik ketika berdepan Kelantan TRW di Stadium Likas.- IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Kelantan The Real Warriors (TRW) untuk melakar kejutan di Stadium Likas tidak kesampaian apabila tumpas 1-3 kepada tuan rumah, Sabah FC.

Keputusan itu meyaksikan skuad Sang Badak mara ke separuh akhir Piala FA secara agregat 5-2, selepas turut menang 2-1 dalam pertembungan pertama di Kota Bharu.

Dalam aksi timbal balik itu, penyerang import dari Bosnia, Ajdin Mujagic muncul wira Sabah FC apabila membuktikan ketajaman penyudahnya merusi ledakan hatrik.

Sabah berada di hadapan seawal minit ke-10 sebelum Mujagic menambah gol kedua 10 minit kemudian dan melengkapkan hatriknya menerusi sepakan penalti pada babak kedua.

Gol sagu hati Kelantan TRW yang dikendalikan Akmal Rizal Ahmad Rakli pula dijaringkan pemain pertahanan, Simen Lyngbo pada masa kecederaan babak pertama.

Sabah akan bertemu Selangor FC pada separuh akhir selepas Gergasi Merah menumpaskan Negeri Sembilan, manakala bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan Kuching City.

Harimau Selatan mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas menewaskan Penang FC dengan agregat 5-1, manakala Kuching City menyingkirkan Terengganu FC 5-3 secara agregat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN