Pemain pamer semangat juang tinggi- Cklamovski

Pemain pamer semangat juang tinggi- Cklamovski

PEMAIN Malaysia pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski memuji barisan pemainnya yang mempamerkan semangat juang tinggi ketika bangkit membenam Laos 5-1.

Pengendali kelahiran Australia itu berkata, semua pemaian yang diturunkan berjuang habis-habisan untuk memastikan Harimau Malaya bangkit dan mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

“Laos memberikan cabaran yang baik, mereka juga beraksi dengan baik jadi kita perlu kekal bersabar dan percaya pada permainan kita, permainan kita tidak begitu menjadi pada babak pertama.

“Lawan juga bekerja keras untuk menutup ruang kepada kita. Tetapi, pemain bangkit dan menunjukkan persembahan yang terbaik,” kata Cklamovski selepas perlawanan.

Terdahulu, Harimau Malaya berdepan detik cemas sebelum bangkit bergaya untuk membelasah Laos 5-1 dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dalam aksi keempat Kumpulan F itu, Laos terlebih dahulu mengejutkan anak buah Cklamovski pada minit ke-19 menerusi rembatan Chanthavixay Khounthoumphone yang terbias pemain negara sebelum menerjah jaring.

Malaysia bangkit meledak lima gol pada babak kedua bermula dengan jaringan Faisal Halim, dua gol Romel Morales, jaringan sendiri pemain Laos dan malam pesta Harimau Malaya ditutup dengan jaringan Paolo Josue.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Harimau Malaya di tangga teratas Kumpulan F dengan mengumpul 12 mata dan tiga mata di depan pencabar utama, Vietnam.

Anak buah Cklamovski kemudian akan meneruskan perjuangan dalam kempen kelayakan itu berdepan Nepal pada 18 November ini dan akan menutup tirai kelayakan berdepan Vietnam pada Mac tahun depan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN