Peluang Sinner rampas takhta dunia daripada Alcaraz

Peluang Sinner rampas takhta dunia daripada Alcaraz

JANNIK SINNER - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jannik Sinner berpeluang merampas kedudukan No. 1 dunia milik Carlos Alcaraz sekiranya berjaya muncul juara Paris Masters yang bermula minggu ini.

Kejayaan menjuarai Terbuka Vienna selepas menewaskan Alexander Zverev 3-6, 6-3, 7-5 kelmarin membolehkan pemain Itali itu mengurangkan jurang mata kepada hanya 840 mata di belakang Alcaraz.

“Ia satu perasaan luar biasa. Permulaan perlawanan sangat sukar, saya ketinggalan awal dan gagal guna peluang di set pertama. Dia beraksi dengan servis yang sangat baik, saya hanya cuba kekal fokus secara mental dan bermain tenis terbaik apabila perlu.

“Paling penting ialah tidak berputus asa. Saya cuba buat keputusan tepat pada masa yang betul, jimat tenaga ketika servis dan kekal fokus hingga akhir. Ia satu pertarungan hebat daripada kedua-dua pihak,” kata Sinner.

Alcaraz yang menarik diri daripada kejohanan di Vienna bakal kehilangan 100 mata susulan pencapaian ke pusingan 16 terakhir di Paris tahun lalu, manakala Sinner tidak mempunyai mata untuk dipertahankan.

Ini bermakna, jika Sinner menjuarai Paris Masters dan Alcaraz terkandas di suku akhir, bintang berusia 24 tahun itu akan naik ke tangga teratas dunia buat kali kedua selepas jaguh Sepanyol itu merampas kedudukan tersebut pada September lalu.

Namun, jika Alcaraz mara ke separuh akhir, pemain Sepanyol itu akan kekal sebagai No. 1 dunia menjelang penutup musim di ATP Akhir di Turin bulan depan.

Sinner yang sudah menjuarai Wimbledon tahun ini masih belum memenangi sebarang gelaran Masters 1000 musim ini, manakala Alcaraz telah meraih tiga kejuaraan iaitu di Monte Carlo, Rom dan Cincinnati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN