Negeri Sembilan enggan angkat 'bendera putih'

Negeri Sembilan enggan angkat ‘bendera putih’

PEMAIN Penyerang Negeri Sembilan FC, diasak pemain Selangor FC, ketika beraksi Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, semalam-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak akan menyerah dengan mudah kepada Selangor FC dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA pada 29 Oktober ini.

Ketua Jurulatih NSFC, Mohd. Nidzam Jamil berkata, biarpun atas kertas sukar untuk memadam defisit empat gol Selangor, pasukannya tetap akan memberi tumpuan penuh.

“Kami tidak akan menyerah dengan mudah dan akan cuba sebaik mungkin. Pasukan ini mempunyai potensi serta bakat dan saya harap mereka diberi masa untuk berkembang,” ujarnya.

Dalam suku akhir pertama, semalam, skuad kendalian Mohd. Nidzam tumpas 0-4 menerusi jaringan Faisal Halim pada minit ke-33 dan 63, Chrigor Moraes (m-47) dan Zach Clough (m-55).

mengulas mengenai keputusan itu, Mohd. Nidzam menyifatkan ketinggalan empat jaringan kepada Selangor FC  adalah keputusan yang tidak bagus.

Katanya, jumlah jaringan itu tidak bagus sama ada bermain di gelanggang sendiri atau semasa berkunjung ke laman lawan bagi kejohanan seperti Piala FA.

Dalam arena bola sepak, katanya, ada ketika pasukan mempamerkan permainan yang baik dan sebaliknya.

“Kami dihukum dari arah kanan dan kiri oleh pasukan lawan yang menyerang dari kedua-dua arah tersebut,” katanya.

Mohd. Nidzam memberitahu, dalam perlawanan itu NSFC tidak hanya duduk diam sebaliknya mencipta beberapa peluang ke arah gol tetapi tidak berjaya.

Jelasnya, walaupun tanpa beberapa pemain seperti Muhammad Harith Samsuri, Nsue Etugu Luis Enrique dan Wai Lin Aung, pasukan itu tetap membariskan lima penyerang untuk berdepan dengan pasukan lawan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN