Khai Xing-Aaron rangkul gelaran sulung Malaysia Super 100

Khai Xing-Aaron rangkul gelaran sulung Malaysia Super 100

Kang Khai Xing-Aaron Tai merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 di Johor, hari ini. - Ihsan Facebook BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu muda Malaysia, Kang Khai Xing-Aaron Tai merangkul gelaran sulung pada Jelajah Dunia BWF selepas menewaskan rakan senegara, Chia Wei Jie-Lwi Sheng Hao pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 di Johor, hari ini.

Juara remaja dunia edisi tahun lalu itu melakar kemenangan straight set ke atas beregu profesional Malaysia, Wei Jie-Sheng Hao 21-18, 21-7 dalam masa 28 minit di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.

Kejayaan tersebut membolehkan Khai Xing-Aaron membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$8,690 (RM36,736) berserta pingat emas.

Menghuni ranking ke-63 dunia, Khai Xing-Aaron disifatkan sebagai bintang masa hadapan Malaysia yang kini berada di bawah bimbingan ketua jurulatih beregu lelaki kebangsaan, Herry Iman Pierngadi.

Sementara itu, nasib berbeza mengiringi wakil perseorangan wanita, Wong Ling Ching yang terpaksa akur kepada bekas juara dunia, Nozomi Okuhara dari Jepun 18-21, 11-21 dalam masa 39 minit.

Sebagai naib juara, Ling Ching membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$4,180 (RM17,670) beserta pingat perak.

Walaupun tumpas, pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan kemajuan yang ketara sejak bekas pemain kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dilantik mengendalikan sektor perseorangan wanita oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN