Prinsip antarabangsa hilang autoriti jika digunakan secara terpilih

Prinsip antarabangsa hilang autoriti jika digunakan secara terpilih

Anwar bersama Profesor Sachs pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani (FIM) Siri 9: Strategies for Malaysia and ASEAN in an Era of Global Instability di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Prinsip undang-undang dan norma antarabangsa dilihat semakin hilang autoriti sekiranya ia digunakan secara terpilih oleh kuasa-kuasa besar dunia dalam menangani konflik global

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya undang-undang antarabangsa ingin mengekalkan kredibilitinya, ia mesti lah terpakai secara sama rata kepada semua pihak. 

Katanya, berkata, prinsip-prinsip tersebut kehilangan autoritinya apabila digunakan secara terpilih, dengan ketidakselarasan melemahkan keyakinan terhadap asas-asas sistem antarabangsa itu sendiri.

“Selepas Perang Dunia Pertama, John Maynard Keynes menerbitkan ‘The Economic Consequences of the Peace’, saya rasa Profesor Sachs mempelajarinya sepenuhnya, yang kononnya memperjuangkan kesejahteraan ekonomi dunia. 

“Hari ini, akibat ekonomi perang terpapar jelas di hadapan kita, jauh melebihi medan pembunuhan semata-mata. Perang mengganggu pengeluaran, merosakkan infrastruktur, dan mengalihkan sumber negara ke arah perbelanjaan ketenteraan daripada pembangunan. 

“Tekanan ini diterjemahkan kepada harga tenaga yang lebih tinggi, inflasi meningkat, tekanan fiskal yang lebih besar dan akhirnya kesusahan serta penderitaan bagi majoriti rakyat kita,” katanya ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia Madani (FIM) Siri 9: Strategi untuk Malaysia dan ASEAN dalam Era Ketidakstabilan Global di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini. 

Forum berkenaan menampilkan Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDSN), Profesor Jeffrey Sachs sebagai panel utama. 

Jelas Anwar, ketika dunia menghadapi cabaran yang saling berkait, suara seperti Profesor Sachs mengingatkan semua bahawa banyak masalah yang dihadapi manusia tidak dapat diselesaikan oleh negara-negara secara bersendirian. 

“Ia memerlukan kerjasama dan komitmen berterusan. Ketahanan antarabangsa akhirnya bergantung bukan sahaja pada institusi atau perjanjian, tetapi juga pada sama ada negara-negara bersedia menegakkan prinsip-prinsip yang memberi makna kepada struktur-struktur tersebut,” katanya. 

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan beliau telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Ekonomi yang membincangkan beberapa isu utama ekoran situasi perang yang memberi implikasi di seluruh dunia dan Malaysia. 

Katanya, Malaysia telah mengambil pendirian berprinsip untuk mengecam pencerobohan Israel dan Amerika Syarikat sebagai pihak yang terlibat dalam pencerobohan terhadap sebuah negara berdaulat Republik Islam Iran. 

“Namun begitu, keadaan masih sangat membimbangkan apabila negara-negara di Majlis Kerjasama Teluk, Turki, dan Azerbaijan berdepan dengan serangan berulang, dengan keganasan yang memberi kesan bahkan kepada negara sejauh Jordan, Turki dan Azerbaijan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN