FAM ada bukti, kemuka rayuan kepada FIFA

FAM ada bukti, kemuka rayuan kepada FIFA

KESEBELASAN utama Harimau Malaya ketika berdepan Vietnam ada 10 Jun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas menerima penghakiman penuh berhubung keputusan tatatertib berkaitan isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan.

Badan induk itu dalam satu kenyataan berkata, semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu ini telah lengkap sepenuhnya dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera melalui saluran rasmi.

“FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain ‘memperoleh dokumen yang dipalsukan’ atau dengan sengaja berusaha untuk mengelakkan peraturan kelayakan. FAM menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA.

“Segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan, dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Pada setiap masa, para pemain bertindak dengan penuh niat baik, bergantung sepenuhnya kepada proses pengesahan dan pendaftaran yang dijalankan oleh FAM.

“FAM berpendapat bahawa penggambaran ini adalah tidak tepat serta tidak adil, dan perkara ini akan dibangkitkan secara menyeluruh melalui proses rayuan rasmi,” kata FAM dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, FAM kekal komited untuk mempertahankan kepentingan bola sepak negara, melindungi hak para pemain, serta memastikan proses ini berjalan dengan telus dan mengikut peraturan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN