Bunga Raya 7s panggil tiga muka baharu

Bunga Raya 7s panggil tiga muka baharu

SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) negara sedang menjalani latihan bagi menghadapi Siri Kejohanan Ragbi Asia 7s edisi kedua di Colombo, Sri Lanka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara, Nik Safuan Ismade Nik Man memanggil tiga pemain baharu menyertai kem latihan dalam persiapan menghadapi Siri Kejohanan Ragbi Asia 7s edisi kedua di Colombo, Sri Lanka dari 18 hingga 19 Oktober ini.

Tiga pemain tersebut adalah Ahmad Zulhilmi Azizad, Muhammad Harith Iqbal Muhamad Anhar dan Amar Syamim Nor Herman.

Ketiga-tiga pemain terbabit dibawa masuk berikutan masalah kecederaan yang menimpa pasukan selepas menyertai Siri Kejohanan Ragbi Asia 7s edisi pertama.

Nik Safuan berkata, pertukaran tiga pemain tersebut tidak memberi kesan terhadap pasukan secara keseluruhan terutamanya daripada segi persediaan taktikal.

“Pertukaran tiga pemain ini tidak menjejaskan persiapan sukan. Kita akan jadikan kejohanan di Colombo sebagai KPI (petunjuk prestasi utama) menjelang Sukan SEA 2025.

“Kita juga nak tahu di mana kelemahan pasukan supaya ia dapat diperbaiki.

“Ini kerana, sasaran utama kita pada tahun ini adalah Sukan SEA 2025 di mana kita mahu melayakkan diri ke final,” katanya.

Berdasarkan rekod kejohanan edisi pertama di Hangzhou, China, bulan lalu, pasukan negara menamatkan saingan di kedudukan keenam terbaik.

Bagi kategori wanita pula menyaksikan mereka mengakhiri kejohanan di tempat kelapan keseluruhan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN