LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menganggap kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace merupakan titik permulaan The Gunners untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Arteta memuji semangat juang anak buahnya dan turut mengakui kemenangan ke atas Palace sebagai kejayaan paling bernilai musim ini selain mahu pasukan mengekalkan momentum. “Ya, saya anggap kemenangan ini lebih bermakna berbanding mana-mana kemenangan lain musim ini. Selepas bermain setiap tiga hari, kami baru…










