Bayern menang bergaya 5-1 ke atas Pafos

Bayern menang bergaya 5-1 ke atas Pafos

HARRY KANE - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPHOS: Harry Kane membuktikan dia layak digelar penyerang prolifik Bayern Munich apabila meledak dua gol ketika gergasi Jerman itu menumpaskan Pafos 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Keputusan itu membolehkan Bayernmeraih dua kemenangan daripada dua perlawanan dalam peringkat liga selepas kemenangan 3-1 ke atas Chelsea pada aksi pertama, di mana Kane turut menjaringkan dua gol.

Selepas mencatat rekod sebagai pemain terpantas menjaringkan 100 gol dalam liga utama Eropah padaJumaat lalu, Kane tidak menunggu lama untuk melebarkan jaringan dengan meledak seawal minit ke-14.

Raphael Guerreiro menambah gol kedua enam minit kemudian, sebelum Jackson menjaringkan gol ketiga Bayern pada minit ke-31 yang juga jaringan pertamanya sejak menyertai kelab itu secara pinjaman dari Chelsea pada musim panas lalu.

Walaupun tidak terkenal dengan kemahiran menggelecek, Kane mencipta detik menarik apabila melepasi pertahanan Pafos di sebelah kiri sebelum merembat masuk gol keempat Bayern pada minit ke-34.

Itu adalah gol ke-17 kapten England itu dalam sembilan perlawanan musim ini dalam semua pertandingan untuk Bayern, sekali gus membuktikan ketajaman penyudahnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN