Wong Tat Meng kritikal, terbabit kemalangan di Sydney

Wong Tat Meng kritikal, terbabit kemalangan di Sydney

Wong Tat Meng (kanan) ketika membimbing Lee Zii Jia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wong Tat Meng yang merupakan bekas jurulatih pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini berada dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Sydney, Australia, Ahad lalu.

Berdasarkan laporan media tempatan di Australia, kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal itu berlaku di Putty Road dekat kawasan Garland Valley.

Menurut laporan itu juga, salah seorang penunggang dikhabarkan telah terkorban di lokasi kejadian.

Sementara seorang lagi penunggang adalah lelaki berusia 58 tahun yang kemudiannya disahkan sebagai Tat Meng.

Bekas pemain badminton kebangsaan itu yang kini bergelar jurulatih di sebuah kelab dekat Sydney telah menerima rawatan kecemasan oleh anggota paramedik dari ambulans New South Wales di lokasi kejadian, sebelum dikejarkan ke hospital.

Tat Meng dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jurulatih itu merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Zii Jia memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik di Paris, tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN