Terengganu pertaruh bakat muda pertahankan kejuaraan

Terengganu pertaruh bakat muda pertahankan kejuaraan

JURULATIH Terengganu, Mohd Harfizi Baharom (kanan) memegang trofi Piala Tun Abdul Razak bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Anil Sandhu (dua dari kiri) dan jurulatih Young Tigress, Lailin Abu Hassan (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terengganu optimis mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak dengan mempertaruhkan gabungan pengalaman pemain senior dan muda, termasuk penyerang prolifik negara, Faizal Saari.

Jurulatih Terengganu, Mohd Harfizi Baharom berkata, percaturan itu dibuat selepas empat pemainnya dipanggil menyertai latihan Speedy Tigers dan dua lagi bersama skuad remaja negara.

Pemain tengah, Mohd Fitri Saari, Mohamad Akhimullah Anuar Essok dan Syarman Mat Tee antara tonggak yang tidak dapat bersama Terengganu dalam kempen Piala Tun Abdul Razak yang akan bermula pada 1 hingga 10 Oktober ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

“Saya fikir pemain sudah bersedia. Kita telah memulakan latihan selama sembilan hari dan apa yang tiada hanya beberapa pemain daripada skuad kebangsaan.

“Kalau ikutkan memang kita tahu kualiti Fitri apabila dia bersama pasukan dan kekurangan di bahagian tengah akan memberi kesan tapi kita tambah baik dengan pemain yang sedia ada.

“Insya-Allah, kita harapkan pengalaman dan pencapaian yang Faizal ada sebelum ini dapat bantu pemain muda dalam skuad,” kepada pemberita dalam sidang media Piala Tun Abdul Razak 2025 di Bukit Jalil, semalam.

Faizal merupakan penjaring terbanyak ketika membantu pasukannya muncul juara pada edisi 2024 menewaskan Johor 2-1 manakala bagi kategori wanita pula dimenangi Young Tigress selepas menundukkan Selangor 2-1.

Kejohanan yang memasuki edisi ke-63 bagi kategori lelaki menampilkan 13 pasukan menyertainya, dibahagikan kepada dua kumpulan manakala 11 pasukan kategori wanita yang turut dibahagi dua kumpulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN