Swiatek anggap jadual tenis terlalu ‘gila’

Swiatek anggap jadual tenis terlalu ‘gila’

IGA SWIATEK - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Juara Wimbledon, Iga Swiatek meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jadual tenis dunia yang disifatkannya terlalu padat dan ‘gila’.

Pemain No.2 dunia itu ketika ini beraksi di Terbuka Beijing, selepas muncul juara Terbuka Seoul dan dijangka meneruskan aksi ke Terbuka Wuhan serta Jelajah Akhir WTA di Riyadh.

“Saya rasa kami bermain terlalu banyak dan jadualnya memang gila.

“Selepas pramusim empat minggu dan cuti lapan hari, bila saya lihat apa yang menanti untuk 11 bulan seterusnya, ia memang sangat membebankan,” kata Swiatek.

Swiatek, 24, baru sahaja meraih Grand Slam keenam di Wimbledon Julai lalu, selain mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu.

Bintang Poland itu percaya cara terbaik menguruskan tekanan jadual ialah dengan memberi tumpuan langkah demi langkah tanpa memikirkan keseluruhan musim.

“Lebih baik saya bahagikan musim mengikut bahagian tertentu supaya lebih fokus, sebab kalau fikir semua sekali gus, memang sangat sukar,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN