Slot cabar pemain atasi Galatasaray

Slot cabar pemain atasi Galatasaray

ARNE SLOT - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bos Liverpool, Arne Slot mencabar pemainnya untuk memberikan segala-galanya apabila mereka menentang juara Turki, Galatasaray di Istanbul dalam aksi kedua Liga Juara-Juara, esok.

Liverpool berjaya menewaskan Atletico Madrid 3-2 dalam kemenangan penuh emosi pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara tetapi tewas 2-1 kepada Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hujung minggu lalu.

Jurulatih dari Belanda itu memberi amaran bahawa Galatasaray adalah satu cabaran besar, walaupun mereka dibelasah 5-1 oleh Eintracht Frankfurt pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara.

“Jika anda mahu bersaing untuk kejuaraan, apatah lagi jika anda memakai jersi Liverpool, (anda mesti) berikan segala yang anda ada dan gabungkan dengan permainan bola sepak terbaik anda.

“Mereka adalah pasukan yang sangat, sangat bagus dan mempunyai jurulatih yang sangat baik.

“Kekalahan 5-1 di Frankfurt mungkin disebabkan kualiti Frankfurt atau sedikit nasib malang bagi Galatasaray.

“Mereka tahu apa yang diperlukan untuk memenangi liga dan tahu apa yang diperlukan untuk menang dalam satu perlawanan bola sepak, jadi kami harus bersedia untuk itu,” kata Slot pada sidang media di Istanbul semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN