Skuad Futsal Malaysia kutip tiga mata penting

Skuad Futsal Malaysia kutip tiga mata penting

AKSI ketika Malaysia berdepan UAE dalam aksi kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup SUKPA di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerja keras dan sikap tidak mudah putus asa menjadi kunci kejayaan skuad futsal negara yang berjaya menumpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0 dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Futsal 2026, kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Tertutup SUKPA itu, gol kemenangan skuad kendalian Rakphol Sainetngam dijaringkan oleh Mohamad Awalluddin Mat Nawi ketika perlawanan berbaki 10 minit, biarpun menguasai keseluruhan permainan.

“Perlawanan agak seimbang, mana mana pasukan boleh menang dan kita memiliki banyak peluang tetapi tidak bernasib baik di depan gol.

“Terima kasih dan pujian harus diberikan kepada semua pemain yang tidak putus asa, gol yang datang itu sebab mereka tidak henti kerja keras dan sabar.” kata Rakphol .

Skuad negara sepatutnya mencatat jaringan yang lebih besar apabila mendapat sekurang-kurangnya tujuh peluang untuk menghasilkan jaringan pada babak pertama.

Saingan babak kedua tidak kurang hebat selepas kedua dua pasukan sering berbalas serangan tetapi, nasib lebih menyebelahi skuad negara yang berjaya mendapat gol pendahuluan.

“Awalnya pemain sedikit gugup tetapi secara keseluruhannya mereka menunjukkan disiplin dan fokus yang baik,” tambah Rakhpol.

Jurulatih kelahiran Thailand itu turut teruja dengan kehadiran lebih 5,000 penyokong di Stadium SUKPA yang memberi suntikan semangat kepada barisan pemain negara yang memburu kemenangan.

Kemenangan ke atas UAE membuka peluang untuk Malaysia layak ke Piala Asia Futsal 2026 pada Januari tahun depan, namun baki dua perlawanaan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh skuad negara.

Anak buah Rakphol akan menentang Bangladesh esok dan selepas itu, ujian sebenar menanti ketika berdepan pasukan terkuat dalam saingan Kumpulan G iaitu Iran yang juga juara Asia 13 kali pada 24 September.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN