Pendatang baharu sedia gegar LTdL 2025

Pendatang baharu sedia gegar LTdL 2025

CHENGDU DYC Cycling Team bakal membuat penampilan sulung dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025. - IG LYKOSCYCLING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan baharu dari China, Chengdu DYC Cycling Team enggan dilabel sebagai pelengkap jadual apabila bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula 28 September ini.

Meskipun berstatus pendatang baharu, kehadiran pasukan itu nyata mencuri tumpuan apabila mempertaruhkan barisan pelumba antarabangsa berpengalaman dari Rusia, Belarus dan Venezuela.

Menurut Ketua Pegawai Operasi LTdL 2025, Emir Abdul Jalal, langkah Chengdu DYC Cycling Team menggunakan khidmat pelumba import dilihat sebagai strategi berani yang boleh mengubah landskap persaingan pasukan-pasukan elit, terutamanya dari Eropah.

“Ramai yang sedar bahawa pasukan Benua yang rata-rata bersandarkan pelumba-pelumba tempatan kurang menyengat setiap kali bersaing dengan pasukan WorldTeam ataupun ProTeam dalam LTdL sejak beberapa tahun lalu.

“Sebagai contoh, JCL Team UKYO dari Jepun mencatat keputuan yang baik tahun lalu selepas mendapatkan tiga pelumba Itali. Ia turut membantu pasukan itu bergelar Pasukan Asia Terbaik,” katanya.

Antara pelumba tumpuan Chengdu DYC Cycling Team ialah Petr Rikunov, pakar pecut dari Rusia yang mencatat kemenangan peringkat ketujuh dalam Jelajah Qinghai 2025, sekali gus memperkukuh cabaran pasukan itu dalam LTdL nanti.

Emir turut berkata, trend pengambilan pelumba import kini turut diikuti beberapa pasukan lain termasuk 7-Eleven Cliqq Roadbike dari Filipina yang bakal menurunkan tiga pelumba dari Australia dan Perancis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN