Nafuzi mahu tebus kecewa di Sukan SEA

Nafuzi mahu tebus kecewa di Sukan SEA

AKSI pemain B-23 negara ketika menentang Thailand dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia B-23.-IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pentas Sukan SEA 2025 di Thailand kini menjadi tumpuan Nafuzi Zain selepas skuad bawah 23 (B-23) negara gagal di Piala Mandiri dan tidak layak ke Piala Asia B-23.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara itu berkata, fokus utamanya ketika ini adalah memastikan skuad negara benar-benar bersedia menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand pada hujung tahun ini.

“Untuk Sukan SEA ni, kita lebih bersedia. Lagi lama kita bersama, persefahaman pemain semakin meningkat. Kita akan kemaskan sistem supaya pasukan jadi lagi mantap.

“Insya-Allah, kalau perancangan baik dan pemain tunjuk permainan yang yakin, saya rasa kita mampu. Jurang dengan Thailand dan Indonesia tidaklah jauh. Ada benda yang kita mungkin lagi baik daripada mereka,” katanya.

Meskipun kecewa dibolosi di saat akhir ketika menentang Thailand, sekali gus menutup peluang untuk layak ke Piala Asia B-23 2026, Nafuzi tetap berbangga dengan semangat juang pemainnya.

“Semangat juang yang player tunjukkan memang saya sangat-sangat bangga. Dari segi teamwork, komitmen, kesungguhan ketika latihan dan perlawanan, saya berpuas hati,” katanya.

Katanya, persembahan menentang Lubnan, Mongolia dan Thailand membuktikan skuad negara mampu bersaing walaupun berdepan padang lembap serta tekanan hebat penyokong lawan.

“Kita patut pergi (Piala Asia) dengan apa yang kita persembahkan. Tapi macam tulah bola sepak, kita buat silap dan lawan ambil peluang pada minit akhir,” jelasnya.

Bagi Nafuzi, kekalahan tersebut menjadi pengajaran berguna terutama kepada pemain muda yang kurang pengalaman di pentas antarabangsa.

“Mungkin keadaan tekanan, perlukan sedikit lagi ketenangan. Itu semua pengalaman. Yang penting kita belajar,” tambahnya.

Kegagalan di kelayakan Piala Asia B-23 juga perlu dibayar harga mahal oleh skuad B-23 negara apabila mereka dijangka beraksi di Sukan SEA 2025 dalam Kategori B.

Kali terakhir skuad negara membawa pulang emas Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Jakarta yang menyaksikan lebih sedekad skuad negara sudah tidak merangkul bagi acara itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN