Martin tak sabar beraksi di GP Catalan

Martin tak sabar beraksi di GP Catalan

JORGE MARTIN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jorge Martin percaya Grand Prix (GP) Catalan hujung minggu ini dan kepulangan ke lokasi di mana dia mengesahkan kejuaraan dunia musim lalu penting dalam usahanya untuk menyesuaikan diri dengan jentera Aprilia.

Martin mencipta sejarah tahun lalu di Litar de Barcelona-Catalunya semasa GP Solidariti apabila dia menjadi pelumba satelit pertama yang menjuarai gelaran MotoGP.

GP Hungary pada minggu lalu menyaksikan kebangkitan Martin apabila dia bermula dari petak ke-16 menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan kelajuan yang mampu mencabar podium.

“Saya tidak sabar untuk ke Barcelona. Saya ada banyak kenangan manis dari tahun lepas.

“Ini adalah litar yang saya sangat suka dan saya sentiasa cemerlang di sini dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya mula rasa lebih selesa dengan motosikal sekarang dan saya rasa perlumbaan ini penting untuk terus membina keyakinan, lebih mengenali jentera dan teruskan usaha kami dengan pendekatan yang sama seperti di Balaton,” katanya.

Aprilia mempamerkan aksi konsisten musim ini selepas Marco Bezzecchi memenangi GP Britain pada Mei lalu dan sejak itu dia turut meraih podium di Assen malah mengekalkan kedudukan podium tiga kali berturut-turut bermula di Brno. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN