Keyakinan Hamilton kekal positif - bos Ferrari

Keyakinan Hamilton kekal positif – bos Ferrari

LEWIS HAMILTON - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZANDVOORT: Bos Ferrari, Frederic Vasseur mendedahkan emosi Lewis Hamilton kekal positif walaupun terpaksa menarik diri daripada Grand Prix (GP) Belanda selepas terlibat dalam kemalangan pada minggu lalu.

Juara dunia tujuh kali itu tersilap langkah apabila salah satu rodanya terkena kawasan cat di luar selekoh tiga, menyebabkan keretanya tidak stabil dan akhirnya melanggar dinding di sebelah kanan litar.

Itu merupakan satu lagi perlumbaan tanpa sebarang mata buat Hamilton.

Walaupun terbabas, Vasseur menerangkan mengapa hujung minggu itu tetap dianggap sebagai satu perkembangan yang jauh lebih positif untuk Hamilton.

“Kami berbincang selepas perlumbaan dan saya boleh katakan ia jauh lebih positif berbanding empat atau lima perlumbaan sebelum ini.

“Hakikat bahawa dia berada dalam kelompok hadapan, mampu bersaing dengan (George) Russell dan berjaya bangkit selepas Jumaat yang sukar, itu semua menjadikan mood dia sangat positif.

“Memang dia hilang kawalan tapi semangatnya tetap tinggi kerana saya rasa dia boleh ambil banyak perkara positif daripada hujung minggu ini dan membina semula keyakinan dari Zandvoort,” kata Vasseur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN