Figueredo tidak kejar rekod peribadi

Figueredo tidak kejar rekod peribadi

JOAO Figueiredo (kanan) ketika meraikan kejayaan Harimau Malaya menumpaskan Singapura dalam aksi persahabatan, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang warisan negara, Joao Figueiredo wajar mendapat ‘markah penuh’ apabila terus membuktikan ketajaman penyudah bersama Harimau Malaya.

Figueiredo menjaringkan dua gol dalam dua aksi bersama Malaysia iaitu ketika berdepan Vietnam Jun lalu dan semalam turut meledak ketika menewaskan Singapura.

Bagaimanapun, penyerang kelahiran Brazil itu menegaskan kemenangan pasukan jauh lebih penting daripada jaringan peribadinya bersama skuad kebangsaan.

Figueiredo yang diangkat menjadi Pemain Terbaik Perlawanan ketika berdepan Singapura itu percaya masih banyak yang perlu dilakukan untuk Malaysia menjadi pasukan terbaik.

“Kami ada perkara positif dan negatif dalam aksi ini (menentang Singapura), tetapi perlawanan sebegini bagus untuk menilai apa yang perlu diperbaiki dalam pasukan.

“Kami gembira dengan kemenangan ini, saya gembira dapat membantu pasukan kebangsaan sekali lagi dan kami akan terus berusaha capai sasaran,” katanya.

Walaupun mengakui berasa puas dapat menjaringkan gol, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tetap meletakkan kepentingan Harimau Malaya sebagai agenda utama.

“Saya sangat gembira dengan gol, tetapi yang paling penting ialah untuk menang dan membantu pasukan kebangsaan,” ujarnya.

Kemenangan itu sekaligus menyuntik semangat anak buah Peter Cklamovski menjelang pertemuan dengan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN