FAM kena minta nasihat ‘big boss’ - Khairy

FAM kena minta nasihat ‘big boss’ – Khairy

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim (tengah) menyempurnakan Majlis Perasmian Eco Lifestyle Med Health di ibu negara sambil disaksikan Pengasas Eco Lifestyle Group, Tan Hai Yong dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta menarik ‘handbrake’ seketika dalam usaha badan induk itu untuk mengambil alih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Saranan itu dilontarkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang berpandangan FAM masih belum bersedia untuk menguruskan NFDP ekoran masalah pucuk pimpinan badan induk itu.

Katanya, adalah lebih baik FAM menyelesaikan masalah kepimpinan tertinggi sebelum diberi tanggungjawab menguruskan NFDP yang kini berada di bawah jagaan Majlis Sukan Negara (MSN).

Tambahnya, FAM perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail yang memiliki pengalaman dan berpengetahuan luas dalam pentadbiran bola sepak.

“Bagi saya ya (tarik ‘handbrake’). Selesaikan isu kepimpinan sebab sekarang ini FAM tiada presiden, ada pemangku presiden. Minta nasihat daripada ‘big bos’, TMJ (Tunku Mahkota Ismail). Minta nasihat daripada TMJ. Kita semua tahu benda ini,” katanya.

Ditanya mengenai kesediaan FAM untuk mengambil alih NFDP, Khairy memberi bayangan bahawa jawapannya boleh dilihat sendiri berdasarkan keadaan dalaman persatuan itu.

“Saya bukan FAM, jadi tanyalah mereka. Tapi saya rasa soalan itu anda dah jawab sendiri. FAM dalam keadaan sekarang, ada negeri yang tak mampu hantar pasukan untuk liga. Jadi nak serahkan NFDP dalam keadaan begitu? Lebih baik letak di MSN dulu.

“Kalau ikut perancangan saya 10 tahun lalu, sekarang dah boleh serahkan kepada FAM dan kepada negeri tapi saya rasa tak sedia. Saya rasa ada usaha ke arah itu (baiki pucuk pimpinan),” katanya.

NFDP dilancarkan pada 2014 ketika Khairy memimpin KBS yang bertujuan melahirkan bakat bola sepak muda secara sistematik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN