Donnarumma akui mahu kekal bersama PSG

Donnarumma akui mahu kekal bersama PSG

GIANLUIGI DONNARUMMA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penjaga gol Manchester City, Gianluigi Donnarumma mengakui dia sebenarnya lebih suka kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) sebelum melakukan perpindahan mengejut menyertai skuad The Citizens, awal bulan ini.

Donnarumma, pemenang anugerah penjaga gol terbaik di majlis Ballon d’Or semalam selepas memainkan peranan penting dalam kejayaan PSG memenangi Liga Juara-Juara musim lalu, menjawab “ya” apabila ditanya sama ada dia mahu terus bersama kelab tersebut.

“Apabila anda telah berkongsi banyak perkara dengan orang lain, meluangkan banyak masa dan membina persahabatan, memang sukar (untuk pergi),” akuinya.

Donnarumma, 26, dibenarkan meninggalkan PSG selepas kelab itu menandatangani penjaga gol Perancis, Lucas Chevalier pada musim panas ini.

Penjaga gol Itali itu menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan kendalian Pep Guardiola selepas berhijrah dengan nilai perpindahan sebanyak 26 juta pound (RM147 juta).

Donnarumma memenangi Trofi Yashin buat kali kedua mengucapkan terima kasih kepada bekas rakan sepasukannya di PSG atas sumbangan mereka mempamerkan musim yang cemerlang.

“Ini sesuatu yang menakjubkan, tahniah kepada seluruh pasukan tanpa mereka saya tidak akan berada di sini, ini hasil usaha satu pasukan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN