Cklamovski tidak pilih kasih

Cklamovski tidak pilih kasih

Skuad Harimau Malaya memerlukan pemain yang hebat untuk membawa cabaran di pentas antarabangsa. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatakan prestasi pemain tempatan dalam saingan Liga Super pastinya memeningkan kepala pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski untuk memilih pemain terbaik mewakili negara.

Pemain Kuching City, Ramadhan Saifullah dan Daniel Amir dan beberapa pemain lain antara nama yang menjadi sebutan peminat ketika ini yang mahu menyaksikan mereka menyarung jersi Harimau Malaya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Cklamovski menegaskan semua pemain di Liga Super dipantau oleh barisan kejurulatihan dan semua pemain berpeluang menyarung jersi Malaysia jika menepati kriteria.

Katanya, proses pemilihan pemain sentiasa terbuka dan semua yang beraksi dalam saingan domestik akan diberi peluang sama dan tidak tertumpu kepada pemain ternama, sebaliknya meliputi keseluruhan pemain.

Cklamovski juga mengharapkan pemain kekal mempamerkan prestasi terbaik ketika bersama kelab masing-masing sebagai syarat utama untuk kekal relevan dalam perancangannya pada masa akan dating.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan senarai nama pemain kebangsaan dalam masa terdekat bagi persiapan menentang Laos dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Anak buah Cklamovsi akan berdepan Laos dua kali iaitu pada 9 dan 14 Oktober ini sebelum berdepan Nepal pada November dan menutup aksi kelayakan berdepan Vietnam pada Mac tahun depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN