Bertrand bergelut kecederaan menjelang Kejohanan Asia

Bertrand bergelut kecederaan menjelang Kejohanan Asia

BERTRAND RHODICT LISES - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerjun muda negara, Bertrand Rhodict Lises masih dibayangi kederaan pergelangan tangan menjelang Kejohanan Akuatik Asia hujung bulan ini.

Pengarah Teknikal Terjun negara, Yeoh Ken Nee berkata, Bertrand masih tridak selesa dengan kecederaan lama itu yang dialami sejak beberapa bulan lalu.

“Beliau masih bergelut dengan kecederaan pada pergelangan tangannya. Masih dalam kesakitan tetapi boleh diuruskan ketika ini,” kata Ken Nee kepada Utusan Malaysia.

Bertrand sebelum ini terpaksa berehat selama dua bulan bermula April lalu, sekali gus terlepas peluang beraksi di Piala Dunia Terjun dan Kejohanan Dunia di Singapura.

Atlet berusia 20 tahun dari Sarawak itu kali terakhir beraksi pada November lalu apabila bergandingan dengan Jellson Jabilin untuk meraih emas dalam acara 10 meter platform seirama lelaki di Terbuka Malaysia.

Bertrand kini meletakkan sasaran untuk mengutip semula mata Skor Kelayakan Minimum (MQS) di Ahmedabad yang berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober ini.

Ken Nee berkata, Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) baru-baru ini menyaksikan Bertrand sukar untuk mencapai mata MQS bagi membuka peluangnya ke kejohanan antarabangsa terutamanya Sukan Asia di Jepun tahun depan.

“Untuk MIAG ini dia masih belum capai sasaran MQS disebabkan kecederaan yang dialami ketika ini,” katanya.

MQS menjadi penanda aras penting buat penerjun negara untuk melayakkan diri ke kejohanan besar musim depan seperti Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN