Arif-Roy King akur kehebatan gandingan India

Arif-Roy King akur kehebatan gandingan India

Arif Junaidi-Yap Roy King tewas kepada pasangan India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 14-21, 22-20, 16-21 pada aksi suku akhir Terbuka Hong Kong, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King untuk melangkah lebih jauh pada Terbuka Hong Kong tidak kesampaian apabila tersingkir di peringkat suku akhir, sebentar tadi.

Pasangan ranking ke-20 dunia itu tewas kepada gandingan handalan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam pertarungan sengit tiga set yang berakhir 14-21, 22-20, 16-21 selepas 64 minit permainan.

Kekalahan tersebut mengulangi nasib sama ketika mereka bertemu buat kali pertama di Terbuka Thailand, juga di peringkat suku akhir.

Arif-Roy King jelas perlu segera memperbaiki kelemahan memandangkan mereka dijadualkan sekali lagi bertemu Satwiksairaj-Chirag pada pusingan pertama China Masters yang akan bermula Selasa depan.

China Masters bakal menjadi ujian getir buat mereka kerana lawan dari India itu kini berada dalam kelompok terbaik dunia dan sedang meningkat naik musim ini.

Untuk rekod, Arif-Roy King tampil cemerlang bulan lalu apabila menjulang gelaran pertama dalam karier selepas menewaskan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani di final Terbuka Macau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN