1,258 pemain sertai Kejohanan VMY Cuti-Cuti Malaysia GoGolf

1,258 pemain sertai Kejohanan VMY Cuti-Cuti Malaysia GoGolf Deemples Invitational

P. MANOHARAN (barisan depan, enam dari kiri) dan Presiden MGA, Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor (barisan depan, lima dari kiri) bergambar bersama peserta sebelum melakukan tee off pada Kejohanan VMY Cuti-Cuti Malaysia GoGolf Deemples Invitational anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama GoGolf di Kelab Golf A’Famosa, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,258 peserta menyertai Kejohanan VMY Cuti-Cuti Malaysia GoGolf Deemples Invitational anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama GoGolf.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan berkata, kejohanan sulung menjadi bukti daya tarikan sukan golf semakin meningkat dan memberi impak positif kepada industri pelancongan negara.

WAKIL dari Tourism Malaysia, MGA dan pengurus-pengurus syarikat serta kelab-kelab golf bergambar selepas berbincang dan merangka hala tuju masa depan industri di Kelab Golf A’Famosa.

Katanya, satu sesi meja bulat juga diadakan bersama pihak berkepentingan bagi membincangkan dan merangka hala tuju masa depan industri golf negara.

“Tahniah kepada para pemenang. Penganjuran ini menunjukkan kejohanan yang memberi petanda positif terhadap industri pelancongan Malaysia secara keseluruhan.

PASANGAN kembar Ammar Aiman Mohd. Fauzi dan Ammer dari program pembangunan belia MGA muncul juara dengan catatan sembilan bawah par.

“Satu sesi meja bulat yang menghimpunkan pelbagai pihak industri termasuk The R&A, Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk membincang dan merangka hala tuju masa depan industri,” katanya dalam ucapan.

Kejohanan itu diadakan bermula dengan 13 pusingan kelayakan sejak 26 Julai hingga 14 September 2025 bagi menentukan finalis sebelum bertanding dalam pusingan akhir di Kelab Golf A’Famosa, Melaka, semalam.

Kejohanan yang dimainkan dalam format Texas Scramble 2-ball itu dijuarai pasangan kembar Ammar dan Ammer Aiman Mohd Fauzi dari program pembangunan belia MGA dengan catatan sembilan bawah par.

Kesemua pemain golf itu mewakili 13 kelab dengan penyertaan tertinggi dari Pulau Pinang, diikuti Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN