'Super Sunday' Liga Super jadi tumpuan

‘Super Sunday’ Liga Super jadi tumpuan

Jovan Motika (kanan) bakal menjadi tumpuan dalam dalam aksi Negeri Sembilan FC berdepan Selangor FC, malam ini.-IHSAN NSFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertembungan Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam ini bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Kedua-dua pasukan ketika ini berada di prestasi terbaik dan pertembungan ini juga menjadi penentu siapa pencabar utama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Anak buah Nidzam Jamil berjaya menambat semula hati peminat Hobin Jang Hobin dan mereka hampir mengejutkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi pertama Liga Super.

Kejayaan membelasah PDRM FC 5-0 dalam aksi pertama pusingan 16 Piala FA juga menjadi faktor utama Stadium Tuanku Abdul Rahman bakal dipenuhi penyokong tuan rumah, malam ini.

Faktor lain yang menjadi tumpuan juga adalah mengenai Nidzam yang akan menentang bekas pasukannya dengan dia pernah mengendalikan Selangor FC pada 2022 hingga 2024.

Nidzam dianggap ‘cukup masak’ dan mengetahui corak permainan bekas anak didiknya yang masih bersama Selangor FC seperti Faisal Halim, Nooa Laine dan Noor Al Rawabdeh.

Bagi Selangor FC pula, mereka tidak bertandang ke gelanggang lawan dengan ‘tangan kosong’ kerana Katsuhito Kinoshi bersedia dengan perancangan taktikal tersendiri.

Bagaimanapun, ‘Raja Lembah Klang’ itu tetap berwaspada bagi mengelak jerat yang dipasang skuad Sang Rusa di hadapan puluhan ribu penyokong setia mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN