PETALING JAYA: Selangor FC muncul juara Piala Futsal Malaysia 2025 apabila membelasah Pahang Ranjers FC 13-3 dalam aksi final di N9 Arena di Nilai, Negeri Sembilan.
Gergasi Merah mempamerkan penguasaan penuh apabila mendahului 9-1 pada separuh masa pertama sebelum menambah empat lagi jaringan pada babak kedua.
Dalam aksi berkenaan, pemain import Selangor FC, Vitor Fernandes membuktikan ketajaman penyudah apabila meledak lapan gol buat skuad kendalian Edgar Eder Baldasso.
Sementara itu, Syahir Iqbal menjaringkan dua gol buat Selangor FC serta Evandro Borges, Faris Johan serta Khairul Effendy masing-masing menyumbang satu gol.
Tiga gol Pahang Rangers pula dihasilkan oleh Razin Rahim pada babak pertama sebelum Eqhmal Najmie dan Matheus Moura menjaringkan gol pada babak kedua.
Kemenangan besar ini memastikan Selangor merangkul kejuaraan MFC buat kali kedua, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai gergasi futsal Malaysia.
Terdahulu dalam aksi sebelah petang, Johor Darul Ta’zim (JDT) merebut tempat ketiga selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Sabah FC 4-3.- UTUSAN