Melaka ikat Sabah di Stadium Likas

Melaka ikat Sabah di Stadium Likas

AKSI Sabah menentang Melaka di Stadium Likas dalam aksi liga Super 2025-2026.-IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib terus tidak menyebelahi Sabah FC apabila sekali lagi melakar keputusan seri dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Selepas diikat Kelantan The Real Warriors (TRW) sebelum ini, kini giliran Melaka FC pula mencuri mata di Likas apabila berjaya mengikat Sang Badak 1-1.

Sabah menguasai babak awal perlawanan, namun anak buah K. Devan berjaya mengawal perlawanan bagi mengelak daripada ketinggalan pada babak pertama.

Bagaimanapun, benteng Melaka akhirnya bocor pada minit ke-60 hasil sentuhan pemain import Ajdin Mujagic, yang bijak menghukum pertahanan lawan.

Tersentak dengan jaringan itu, Melaka menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan dengan Devan melakukan pertukaran taktikal.

Gol yang dicari-cari akhirnya terhasil menerusi Muhammad Irfan Zakaria pada minit ke-84, sekali gus menyaksikan perlawanan berakhir 1-1.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN