Man. United kena cari penjaga gol baharu

Man. United kena cari penjaga gol baharu

GIANLUIGI Donnarumma (tengah) kini dikaitkan dengan Manchester United selepas tiada dalam poerancangan PSG.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dalam kelompok enam teratas dengan syarat The Red Devils perlu membawa masuk penjaga gol baharu.

Pandangan itu disuarakan bekas pertahanan United, Gary Neville yang meraih lapan kejuaraan EPL bersama United ketika era kegemilangan dibawah kendalian Alex Ferguson.

Neville, 50, menyifatkan peluang pasukan lamanya kali ini agak suram dan meramalkan sasaran layak ke Liga Juara-Juara sebagai misi mustahil tanpa pembelian penjaga gol oleh pengurus Ruben Amorim.

“Bagi United, berada dalam kelompok enam teratas sudah memadai. Kita sudah melepasi tahap untuk mengatakan mereka perlu menang liga itu tidak realistik.

“Perasaan saya sekarang, tempat ketujuh atau kelapan lebih sesuai. Tetapi tanpa komitmen di Eropah, mereka boleh capai enam teratas jika prestasi baik dan ada penjaga gol baharu. Namun, banyak perkara perlu memihak kepada mereka,” katanya.

Musim panas ini, United telah membelanjakan 200 juta pound (RM1.1 bilion) untuk mendapatkan Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko.

Ketiga-tiga pemain itu dijangka membarisi kesebelasan utama pada aksi pembukaan kempen EPL menentang Arsenal, Ahad ini.

Neville mengakui kagum dengan profil pemain baharu tersebut namun menegaskan mereka perlu segera menyesuaikan diri dengan sistem Amorim.

“Mbeumo mantap dan berpengalaman di EPL, Cunha pun sudah biasa. Sesko pula muda dan berpotensi, tetapi dia perlu bermula dengan baik,” katanya.

Menurut Neville, tiga penyerang itu perlu menghasilkan sekitar 35-40 gol untuk membolehkan United kekal bersaing dalam kelompok enam teratas.

Beliau juga percaya ketiadaan aksi Eropah akan membantu United kerana memberi lebih masa latihan, mengurangkan tekanan dan kecederaan, sekali gus membolehkan pemain utama tampil lebih kerap dalam liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN