Lebih 30,000 saksikan pertembungan JDT-Selangor

Lebih 30,000 saksikan pertembungan JDT-Selangor

Penyokong Selangor FC dengan berpakaian merah berarak masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Stadium Sultan Ibrahim malam ini bergema dengan sorakan lebih 30,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC dalam perlawanan Piala Sumbangsih.

Suasana meriah dan penuh warna-warni menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan semangat juang tinggi bagi membuka tirai musim baharu Liga Malaysia 2025/2026.

Aksi yang menjadi tradisi pembuka musim ini mempertemukan juara Liga Super musim lalu, JDT, menentang Selangor FC , dengan kedua-duanya mempertaruhkan maruah dan reputasi di pentas berprestij ini.

Menariknya penyokong mula membanjiri pekarangan stadium seawal pukul 3 petang bagi mengelak kesesakan jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN