Kuching City belasah Kelantan TRW 4-0

Kuching City belasah Kelantan TRW 4-0

PEMAIN Kuching City FC meraikan kejayaan mereka menumpaskan Kelatan TRW 4-0 dalam aksi pembukaan Liga Super 2025/2026.- IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuching City FC bermula langkah kanan dalam aksi Liga Super musim 2025/2026 apabila membenam Kelantan The Real Warriors (TRW) 4-0 dalam aksi di laman sendiri, sebentar tadi.

Anak buah Aidil Sharin Sahak berada di hadapan seawal minit keenam menerusi penyudah Ronald Ngah Wanja sebelum pemain import dari Timor Leste, Joao Pedro meledak gol kedua pada minit ke-18.

Pada babak kedua, Ngah Wanja yang juga bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC meledak gol kedua peribadi pada minit ke-71 untuk menjadikan kedudukan 3-0 memihak tuan rumah.

Memasuki masa tambahan, Ramadhan Saifullah melengkapkan malam bergaya Kuching City FC dengan gol keempat untuk memastikan tiga mata penuh buat pasukannya.

Selepas ini, Kuching City FC akan berehat untuk satu perlawanan manakala Kelantan TRW akan melayan kunjungan pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC di laman sendiri, Selasa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN