Kipyegon yakin wanita mampu pecah tembok empat minit

Kipyegon yakin wanita mampu pecah tembok empat minit

Faith Kipyegon dari Kenya memberi reaksi selepas memenangi acara 1500 meter (m) wanita dan mencipta rekod dunia baharu semasa Klasik Prefontaine di Hayward Field, Eugene, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Faith Kipyegon percaya wanita akan mampu memecahkan halangan larian bawah empat minit dalam acara satu batu sama ada dalam generasi ini atau akan datang.

Pelari Kenya itu mencatat 4 minit 06.42 saat (s) dalam cubaan khasnya di Paris pada Jun lalu, sekali gus gagal menjadi wanita pertama melakar sejarah tersebut.

Pemenang tiga pingat emas Olimpik itu berkata, impian mencipta sejarah itulah yang memberi semangat kepadanya setiap hari.

“Matlamat saya adalah menjadi wanita pertama berlari bawah empat minit dalam acara satu batu. Saya tak capai apa yang saya mahu, tetapi ia memberi mesej bahawa ia mungkin suatu hari nanti.

“Saya percaya akan ada wanita yang berlari bawah empat minit sama ada dalam generasi akan datang atau generasi kita. Sebab itulah saya teruskan, teruskan latihan.

“Saya dah capai banyak perkara, semua pingat Olimpik dan Kejohanan Dunia, tapi saya masih ada semangat, saya masih mahu tunjukkan bahawa wanita mampu lakukan apa yang perlu di dunia ini,” kata Kipyegon.

Beberapa hari selepas kecewa dalam cubaan larian batu itu, Kipyegon bangkit dengan mencipta rekod dunia 1,500 meter (m) menerusi catatan 3:48.68s di Kejohanan Diamond League Prefontaine di Eugene, Amerika Syarikat (AS).

Menjelang Kejohanan Dunia di Tokyo bulan depan, Kipyegon turut menyokong pelaksanaan ujian jantina baharu oleh Olahraga Dunia dan mengakui sudah mula memikirkan untuk beralih ke acara maraton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN