Impian harumkan nama negara tidak pernah padam- Azeem

Impian harumkan nama negara tidak pernah padam- Azeem

MOHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawapan sama ada jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menyertai Sukan SEA 2025 atau tidak hanya diketahui selepas Jelajah Benua Olahraga Dunia di India.

Kejohanan berkenaan akan bermula esok dengan Azeem turut menyertai kejohanan berkenaan bersama tujuh lagi atlet negara sambil diiringi oleh dua jurulatih dari Olahraga Malaysia (MA).

“Saya akan adakan sesi perbincangan dengan jurulatih dan selepas balik dari kejohanan di India, akan ada perbincangan lebih rasmi bersama MSN dan KOM,” kata Azeem.

Pemegang rekod kebangsaan 10.09 saat (s) itu mengakui impian mengharumkan nama tidak pernah padam, biarpun bergelut membahagikan masa antara latihan dan pengajian di Universiti Auburn, Amerika Syarikat (AS).

“Sudah semestinya, kalau tiada halangan dan kalau saya bukan seorang pelajar, pastinya saya ingin berbakti dan sehabis baik kepada negara saya.

“Setiap peluang dan ruang yang saya terima pasti akan saya gunakan. Kita masih cuba sedaya upaya untuk jadikannya kenyataan, Insya-Allah,” kata Azeem.

Azeem akan membuka kempen di Kalinga Stadium, Bhubaneswar bersama pelari yang lain iaitu Danish Iftikhar Muhammad Roslee, Pengiran Aidil Auf Hajam, Wan Muhammad Fazri Wan Zahari, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Aishah Rofina Aling serta atlet lompat kijang, Andre Anura dan Tan Zhi Hang (lompat jauh).

Sebelum ini, Azeem mempertimbangkan untuk tidak menyertai Sukan SEA 2025 yang diadakan pada Disember depan memandangkan waktu tersebut merupakan tempoh musim rehat terbaik buat dirinya.

Pada kempen Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 di Jerman baru-baru ini, Azeem mencatat 10.35s untuk menamatkan saingan 100 meter di tempat keempat selain membantu kuartet 4×100 meter (m) negara mara ke final.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN