Venus Williams kembali ke gelanggang

Venus Williams kembali ke gelanggang

VENUS Williams, bersedia kembali beraksi di kejohanan Terbuka Washington minggu ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON:  Bekas pemain No.1 dunia, Venus Williams, bersedia kembali beraksi di kejohanan Terbuka Washington minggu ini selepas hampir setahun bergelut dengan masalah kesihatan yang menyaksikan beliau berehat panjang daripada dunia tenis.

Pemain veteran Amerika Syarikat berusia 45 tahun itu mengakui menerima tawaran wildcard ke kejohanan WTA 500 di ibu negara AS buat kali pertama selepas menolak peluang sama sebelum ini.

“Kebanyakan masa saya tidak (ambil wildcard), tetapi kali ini saya telah mula memukul bola. Saya sukakan gelanggang keras, itu permukaan kegemaran saya dan saya rasa selesa. Jadi, semua faktor itu memainkan peranan,” katanya.

Juara Grand Slam tujuh kali itu menegaskan, fokus utamanya kini adalah untuk menikmati permainan tanpa meletakkan tekanan ke atas diri sendiri.

“Matlamat peribadi saya adalah untuk berseronok dan menikmati masa ini. Saya tidak tahu bagaimana mahu mentakrifkan kejayaan buat masa ini selain daripada mempercayai diri dan berpegang pada proses saya,” katanya.

Williams kali terakhir meraih kemenangan ketika menewaskan pemain Rusia, Veronika Kudermetova pada pusingan pertama Terbuka Cincinnati, Ogos tahun lalu.

Sejak itu, beliau tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan, termasuk selepas Terbuka Miami pada Mac 2024.

Dalam masa sama, Williams turut mendedahkan pernah menjalani pembedahan membuang fibroid sejenis ketumbuhan di rahim tahun lalu, yang menyukarkannya untuk kembali ke gelanggang.

“Setahun lalu saya sedang bersiap untuk pembedahan. Tiada jalan untuk saya bermain tenis ketika itu. Fokus saya hanya untuk kembali sihat,” ujarnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN