PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mengakui dia berasa kecewa selepas gagal membawa pulang pingat dalam acara 100 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 di Lohrheidestadion, kelmarin. Pelari berusia 21 tahun itu terpaksa berpuas hati di tempat keempat pada aksi final selepas menamatkan lariannya 10.35 saat (s) di belakang Hiroki Yanagita yang melakukan catatan masa 10.23s untuk membawa pulang gangsa. Pingat emas dimenangi pelari dari Afrika…