dalam aksi kelayakan Piala Asia Wanita 2026.
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Brazil itu mahu barisan pemain berwaspada dengan cabaran Tajikistan yang pastinya mahu bangkit selepas tumpas kepada Korea Utara dalam aksi pertama.
Cornelli berharap, kemenangan 1-0 ke atas Palestin dalam aksi pertama memberi lebih keyakinan kepada pemain negara untuk sekali lagi mengutip tiga mata penuh dalam aksi kedua.
“Para pemain sangat yakin selepas mengekalkan rekod kemenangan, saya harap perlawanan kedua nanti lebih baik dan meraih kemenangan sekali lagi untuk mengutip mata maksimum.
“Menentang Tajikistan kan menjadi permainan yang sukar kerana mereka tumpas dalam aksi pertama dan pastinya mereka mahu menebus maruah, jadi kita kena bersedia,” katanya.
Sementara itu, kapten negara, Steffi Sarge Kaur berkata, beliau dan rakan sepasukan akan cuba meraih tiga lagi mata untuk membina keyakinan sebelum berdepan Korea Utara pada aksi terakhir.
“Berdepan Korea Utara bukan perlawanan yang senang dan jika kita ada enam mata, sedikit sebanyak ia akan memberikan kami semangat untuk berdepan Korea Utara.
“Saya tengok semua pemain sekarang bersemangat dan saya berharap momentum ini akan diteruskan untuk kita kutip tiga mata lagi ketika berdepan Tajikistan,” katanya.
Ketika ini, Korea Utara dan Malaysia berkongsi tiga mata, namun Korea Utara berada di tangga teratas Kumpulan H selepas mempunyai kelebihan jaringan selepas membenam Tajikistan 10-0 dalam aksi pertama.
Mengikut format pusingan kelayakan, hanya juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Australia dari 1 hingga 21 Mac tahun depan.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia Wanita adalah pada tahun 1995 ketika menjadi tuan rumah dengan pencapaian terbaik skuad negara di kejohanan itu ialah meraih tempat ketiga pada tahun 1983 yang berlangsung di Thailand.-UTUSAN