Barcelona mahukan Gabriel Jesus walaupun masih dibelenggu kecederaan

Barcelona mahukan Gabriel Jesus walaupun masih dibelenggu kecederaan

barcelona
Barcelona kini memburu penyerang Arsenal, Gabriel Jesus untuk digilirkan dengan Robert Lewandowski. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Gergasi Sepanyol, Barcelona kini memburu pemain Arsenal, Gabriel Jesus walaupun penyerang itu kini dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Dengan hasrat terbaharu itu, pasukan Catalan itu nampaknya masih belum selesai dalam pasaran perpindahan dan masik berusaha untuk menandatangani penyerang lain pada musim panas ini atas permintaan jurulatih baharu Hansi Flick.

Walaupun baru-baru ini menandatangani Marcus Rashford, Roony Bardghji dan Juan Garcia yang kesemuanya beraksi dalam kemenangan 3-1 perlawanan persahabatan ke atas Vissel Kobe, Flick dilaporkan masih tidak kagum dengan kekuatan serangan semasa.

Menurut Foot Mercato, Barcelona serius mempertimbangkan perpindahan Gabriel Jesus dari Arsenal kerana mereka mahu terus meneroka pasaran dalam Liga Inggeris selepas terlepas Nico Williams.

Gabriel Jesus 28 masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen yang dialaminya pada Januari.

Dia dijangka tidak dapat kembali beraksi sebelum November.

Namun Barca kelihatan tidak berputus asa melihat pemain Brazil itu cergas untuk jangka panjang supaya dapat bergilir dengan Robert Lewandowski yang berusia 37 tahun bulan depan dan memasuki tahun terakhir kontraknya.

Transfermarkt meletakkan nilai Jesus pada 32 juta euro dan perjanjiannya dengan Arsenal bertempoh sehingga Jun 2027.

Tetapi dengan Viktor Gyokeres kini menyertai Gunners, peranan Jesus menjadi tidak menentu terutamanya selepas musim lalu persembahannya hanya terhad kepada tujuh  gol dan dua assist dalam 27 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN